Tuesday, December 2, 2014

Bahaya kolesterol tinggi dalam darah

Salam Semua..

Ramai yang beranggapan, hanya orang yang gemuk atau berbadan besar sahaja yang berhadapan dengan masalah kesihatan. Bagi masalah kolesterol tinggi dalam darah, ia tidak hanya berlaku kepada individu yang bersaiz besar sahaja. Orang yang kurus juga belum tentu tahap kolesterolnya normal ye kawan-kawan. Cuma, orang yang berbadan besar, lebih tinggi kebarangkaliannya untuk mempunyai masalah kolesterol yang berkait rapat dengan masalah serangan jantung ni.


Antara fakta menarik tentang penyakit jantung yang mungkin kita tak tahu:
  • Penyebab utama kematian di Malaysia
  • Pembunuh no 1 di kebanyakkan negara di dunia. Jika pembunuh no2 dan no3 ditambah, pesakit jantung lebih mendahului.
  • Seorang pesakit diabetis mempunyai tiga kali ganda risiko untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang sihat
  • Setiap 20 saat, akan berlaku serangan jantung di dunia, dan setiap 1 minit, berlaku kematiaan akibat serangan sakit jantung
  • Golongan wanita lebih berisiko. Jumlah wanita yang berusia 50 tahun yang meninggal akibat penyakit jantung adalah dua kali ganda berbanding lelaki.
  • 50 % pesakit meninggal sebelum sampai ke hospital
  • Golongan wanita lambat mengesan serangan jantung
  • Lebih bahaya dari kemalangan - Risiko untuk meninggal bagi pesakit jantung adalah 10 kali ganda berbanding mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya
  • Penyakit yang mahal - Di Amerika Syarikat, kos perubatan bagi penyakit jantung dalam tempoh 3 tahun adalah US$ 600 bilion
  • Lebih ganas dari AIDS - Penduduk bumi yang berpontensi untuk meninggal dunia akibat penyakit jantung adalah 30 kali lebih besar daripada AIDS
  • Menyerang pada waktu pagi - Hal ini berlaku kerana salur darah menyempit pada waktu pagi
  • Keturunan - Merupakan faktor terbesar penyakit jantung

Apa kaitan kolestrol dan penyakit jantung?
Kolesterol dan lemak yang berlebihan akan berkumpul di dinding pembuluh darah(arteri) yang membawa darah ke jantung. Hal ini akan menyebabkan arteri menjadi sempit dan aliran darah terganggu. Penghantaran oksigen ke jantung juga terhalang dan bagi kes yang serius, boleh menyebabkan otot jantung mati. Kejadian ini dikenali sebagai serangan jantung yang boleh membawa maut.

Haish, gerun betul bila cerita pasal penyakit jantung ni kan. Penyakit jantung juga digelar pembunuh senyap' kerana jarang menunjukkan simptom. Sebab tu lah, kita digalakkan membuat pemeriksaan perubatan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk mengesan apa-apa penyakit. Tapi, bagi mereka yang dah di sahkan mempunyai paras kolesterol yang tinggi, dunia masih belum berakhir. Anda boleh mengambil ubat-ubatan yang disyorkan, mengawal diet harian, melakukan aktiviti fizikal, menurunkan berat badan serta menjauhi rokok dan minuman beralkohol.


Selain tu juga, pengambilan suplemen juga tidak boleh dipertikaikan keberkesanannya. Shaklee juga tidak ketinggalan untuk membantu golongan tersebut agar mendapat kehidupan yang lebih baik. Phytocol-st  berfungsi untuk menghalang penyerapan lemak dan kolesterol ke dalam salur darah, manakala Omega Guard pula berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak yang telah sedia ada di dalam badan. Mudah-mudahan dengan pengambilan kedua-dua produk ni, boleh mengembalikan tahap kolesterol normal anda serta yang lebih penting, dapat  mengelakkan daripada terkena serangan jantung.

Bagi yang berminat dengan kedua-dua produk ni atau mana-mana produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Liza ye. Konsultasi terbaik dan percuma khas untuk anda.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


No comments:

Post a Comment