Wednesday, December 3, 2014

Ibu hamil bimbang, air ketuban banyak

Salam Semua..

Semalam Liza ada terpandang satu post di page PA&MA mengenai seorang ibu hamil yang tengah risau bila doktor bagitau yang air ketubannya banyak. Terus Liza teringat kisah kehamilan Liza tahun lepas. Pada minggu ke-33, Liza buat check-up di Hospital Az-Zahra, Bangi sebab plannya nak bersalin kat situ. Bila doktor scan, dia cakap air ketuban Liza banyak (AFI:26), dan suruh Liza buat test diabetic(minum air gula) di Klinik Kesihatan. Salah satu faktor berlakunya air ketuban berlebihan ni adalah kencing manis.

So, next appoiment di KK, minggu ke-34 Liza buat test minum air gula tu. Di KK, doktor scan sekali lagi, (AFI:21) dan terus dia bagi surat untuk refer Hospital Serdang. Tapi kisahnya, tak sempat nak dapat result test diabetic, tak sempat pergi checkup pasal air ketuban ni, dah masuk ward untuk bersalin dulu. Hehe. Alhamdulillah, tak de apa-apa masalah berkaitan dengan air ketuban banyak ni di sepanjang proses kelahiran. Ok, tamat la kisah air ketuban Liza kat situ. Tapi sebenarnya simptom air ketuban berlebihan ni tak boleh diambil mudah jugak ye.


Masalah yang mungkin timbul apabila air ketuban berlebihan.
  1. Kedudukan bayi sentiasa berubah-ubah dan boleh mengakibatkan kelahiran secara pembedahan kerana kepala bayi songsang.
  2. Kelahiran pra matang akibat berlakunya kepecahan air ketuban pra-matang atau uri tertanggal dari dinding rahim.
  3. Kandungan akan menjadi lebih berat. Ini akan menyebabkan ibu mudah sakit belakang, sakit pinggang, sukar untuk bernafas dan cepat letih.
  4. Berlaku pendarahan yang teruk selepas bersalin.

Masalah air ketuban berlebihan (polyhydramnio) hanya boleh diatasi dengan pemantauan kesihatan yang lebih kerap dan rapi untuk memastikan perkembangan bayi adalah baik. Rawatan lain adalah seperti menyedut air ketuban serta menggunakan ubat untuk mengurangkan cecair. Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang mempunyai masalah ni, tak perlu terlalu risau kerana kebanyakkan kes, ainya akan kembali normal semula pada saat kelahiran. Yang paling penting, ibu hamil haruslah menjaga pemakanan, kesihatan dan mendapat rehat yang cukup. Selain tu, berdoalah pada yang Maha Kuasa untuk mempermudahkan segala urusan kehamilan dan kelahiran anda.

Bagi ibu hamil yang ingin merasai pengalaman hamil bersama Shaklee yang ternyata berbeza, boleh hubungi Liza segera. Berikan yang terbaik untuk diri anda dan juga bayi dengan pengambilan Set Ibu Hamil Shaklee di sepanjang proses kehamilan. Setiap pembelian di Faza Shop, anda layak menerima konsultasi eksklusif daripada Liza secara percuma selagi mana anda memerlukannya.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


No comments:

Post a Comment