Tuesday, March 17, 2015

Bakal pengantin bimbang dengan masalah jerawat di badan

Salam Semua..

Sekarang dah start cuti sekolah kan. Asal cuti sekolah je, berderet la kenduri kahwin kan? Selamat pengantin baru kepada yang telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing. Semoga berbahagia hingga ke Syurga. Ha, ucapan tak nak kalah kan, macam dah berpengalaman sangat la tu dalam rumah tangga. Hihi. Bertepatan dengan musim orang kahwin sekarang ni kan, entry Liza pun mesti la ada kena mengena dengan kahwin-kahwin ni jugak. Ok, kita mulakan etry 'kahwin-kahwin' kita ni dengan masalah yang hanya suami-isteri je yang tahu - masalah jerawat di belakang badan.


Masalah jerawat di badan (kebiasaanya di belakang badan) boleh terjadi kepada perempuan dan juga lelaki remaja atau orang dewasa. Walaupun masalah ni tidak boleh dilihat oleh orang ramai, biasanya hanya diri sendiri je yang tahu, tapi ia tetap tidak boleh diambil mudah. Bila dah kahwin, dah berkongsi hidup dengan isteri/suami, mesti lah hal ni terbongkar juga. Mungkin pasangan kita tak kan komplen (ye lah, pengantin baru kann), tapi mesti akan timbul rasa rendah diri, kurang selesa dan kurang yakin dalam diri kita.

Kenapa jerawat di badan boleh terjadi
  • Faktor perubahan hormon yang biasanya berlaku kepada perempuan yang berumur belasan tahun atau awal 20-an. Tapi, ada je lelaki yang mempunyai masalah ni.
  • Faktor keturunan yang memang mempunyai masalah jerawat
  • Penggunaan pil perancang atau ubat-ubat tertentu
  • Penggunaan produk kosmetik/sabun yang tidak sesuai
  • Stress
  • Penghasilan minyak yang berlebihan dan sebum kulit
  • Faktor alam sekitar dan kebersihan diri
Jadi, hari ni Liza nak syorkan produk Shaklee - Alfalfa dan ESP kepada bakal-bakal pengantin atau sesiapa sahaja yang ada masalah jerawat di badan ni. Shaklee lagi? Ye la, sebab ni je produk yang Liza yakin selamat, semulajadi dan dalam waktu yang sama, berkesan.


Alfalfa berfungsi sebagai agent detoks untuk membuang segala kotoran dan toksin di dalam badan. Jerawat merupakan salah satu petanda yang badan kita mempunyai toksin yang berlebihan. Proses detoks ni juga penting sebelum pengambilan apa-apa suplement kerana toksin yang ada dalam badan boleh mengurangkan kadar penyerapan suplement, seterusnya akan melambatkan proses penyembuhan.


ESP adalah sumber protein yang terbaik dan sangat diperlukan dalam proses pembentukan dan pembaharuan sel kulit. Dengan pengambilan ESP secara konsisten, sel-sel kulit lama yang rosak  dan tidak sihat (jerawat) akan digantikan dengan sel-sel kulit baru. Bukan jerawat je hilang, parut-parut lama (berwarna gelap kehitaman, atau parut berlubang) pun boleh hilang. 

Dengan pengambilan dua produk ni, InsyaAllah masalah jerawat akan hilang. Yang bestnya ambil suplement ni, nak hilangkan jerawat di badan je, tapi kulit di tempat lain (seperti kulit wajah) pun sama-sama jadi cantik, sihat dan gebu. Produk Shaklee ni bukan ubat, tapi suplement atau makanan tambahan yang membantu 'top-up' segala kekurangan nutrisi dalam badan kita. Jadi, bila kesihatan badan kita dijaga secara menyeluruh, badan pun makin bertenaga dan jarang terkena penyakit.

Kepada sesiapa yang berminat dengan mana-mana produk Shaklee, boleh hubungi Liza - pengedar Shaklee area Serdang, Bangi, Seri Kembangan. Opss! sempena bulan promo ESP bulan ni kan, setiap pembelian ESP layak menerima FREE GIFT istimewa dari Liza. Tapi, selagi stok masih ada la, sebab tu kena cepat-cepat tau!







Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment