Wednesday, March 18, 2015

Hadiah Dato' Aliff buat isteri memang terlajak istimewa

Salam Semua..

Pelik tak dengan tajuk entry Liza kali ni? Biasanya pasal produk Shaklee je, atau paling tak pun, pasal life Liza je kan? Tapi tak per la, sekali sekala nak jugak selit cerita lain. Mesti ramai yang dah tahu kan cerita ni, cerita Dato' Aliff Syukri yang terlajak laris tu hadiahkan Range Rover Evoque buat isterinya yang tersayang sempena majlis hari jadi baru-baru ni. Mak aiii, hadiah tak de best lagi ke? Dah la warna merah! Liza pun nak sebijik!




Tu la, rezeki dia kan. Dalam orang duk kutuk-kutuk dia (sama la macam Dr Vida Qu Puteh Qu Puteh barulah Putehhh tu), dia berjaya juga, tak hirau orang cakap ape. Orang yang duk mengutuk tu, dapat apa pun tak tau. Hihi. Liza dah tau yang dia ni anak kepada pengasas Sendayu Tinggi, Rozita (tu pun suami yang bagitau), tapi Liza baru je dapat tahu yang dia ni sebaya dengan Liza! Sebaya dengan Liza, tapi dah berjaya macam ni sekali, dah bergelar jutawan! Sangat tercabar ok!

Dato' Aliff dulu pun bukan terus senang macam ni, suami Liza cakap dia ni berniaga kat pasar tani je, demi nak kenalkan produk dia tu. Kita je yang kenal dia bila dia dah senang. Jadi, kesimpulannya, dalam apa jua bidang sekalipun, usaha keras tanpa erti putus asa adalah kunci kejayaan. Semua orang nak berjaya kan, tapi tak sema orang sanggup bekorban untuk berjaya. Semoga Liza terus istiqamah dalam usaha Liza untuk berjaya dengan Shaklee. Ada jugak ke yang nak berjaya dengan Shaklee bersama-sama Liza? Jom ler kite...

Mohon doakan Liza ye!







Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment