Sunday, March 8, 2015

Bekerja dari rumah adalah pilihan yang terbaik untuk Liza

Salam Semua..

Entry kali ni adalah sambungan dari kisah Liza, Aqil dan nursery yang Liza cerita semalam. Rasa macam tergantung pulak cerita tu, jadi nak tambah lagi sikit la, barulah seronok, kan? Hehe.. Daripada cerita Liza semalam, mungkin ada yang cakap, 'alah, dia boleh la tak kerja, suami dia mampu' atau 'alah, dia boleh la tak kerja, sebab tak de komitment nak bayar bulan-bulan'?

Ok. Untuk pengetahuan semua, suami Liza kerja sebagai eksekutif biasa je dalam syarikat swasta. Kadang-kadang, bila buat kira-kira, tolak komitment wajib bulanan, ada la lebih seratus dua. Tu je la baki untuk simpanan, beli baju baru ke, beli mainan aqil ke atau pergi jalan-jalan.

Siapa kata Liza tak de komitment bulanan? Liza ade hutang Liza sendiri, ade mak ayah, ada adik-adik yang masih lagi menjadi tanggungjawab Liza, walaupun diorang tak mengharap. Jadi, kenapa kami berani buat keputusan (untuk tidak bekerja makan gaji) ni?


Sebab yang pertama, kami yakin dengan rezeki Allah (dengan syarat, kena la usaha) yang Dia sediakan untuk kami. Kami percaya, rezeki bukan hanya datang dari kerja makan gaji. Cukuplah dengan suami Liza seorang je yang kerja dengan orang dan terikat dengan peraturan-peraturan syarikat. Ye lah, kerja kadang tak tentu masa, dan masa bersama keluarga akan terhad. Jadi, kalau dua-dua kerja, kesian Aqil. Padahal waktu-waktu dia tengah nak membesar ni lah waktu yang kritikal untuk kita mendidik dan membentuk dia seperti mana acuan yang kita mahu. Lagipun, anak-anak membesar dengan sangat cepat, jadi Liza nak hargai setiap detik masa tu.

Sebab lain, jika kita rasa pendapatan kita rm2000, jangan lah perbelanjaan kita jadi rm2300. Orang cakap, ukur baju di badan sendiri, biar balance. Macam Liza, kain baju tak kisah tak bertukar, handbag ke accessory ke memang Liza tak minat. Kadang-kadang suami nak belikan (sebab kesian..haha) pun Liza tak bagi, suruh dia berjimat. Kitorang pun sedaya upaya cut cost selagi boleh (plan telefon, astro) dan berjimat cermat dalam berbelanja.

Oh ya, Liza tak bekerja ni, tak bermakna Liza duk golek-golek dengan Aqil je 24 jam. Liza gunakan lah masa sebaik mungkin untuk fokus dengan online bisnes Liza. Kalau dulu ia merupakan bisnes part time, sekarang dah jadi full time dan perlu usaha dengan lebih serius dan gigih lagi. Impian Liza, biarlah suatu hari nanti, bisnes Liza ni memberi pulangan paling cokia pon sama dengan gaji kawan-kawan Liza yang kerja makan gaji.
Antara barang-barang yang akan dipos kepada customer. Alhamdulillah
Antara barang yang di-restock untuk customer
Ha, bila dah dengar cerita Liza ni, ada ke ibu-ibu yang bekerja dah start pasang cita-cita untuk bekerja dari rumah macam Liza? atau suri rumah yang nak ada pendapatan sendiri? atau student yang nak cari duit poket tanpa menyusahkan mak ayah? Kalau ada, jangan tunggu lama-lama, kos sara hidup, GST makin mencengkam kita hari demi hari, jom mulakan sekarang! Bermacam-macam bisnes yang boleh anda ceburi, tapi kalau nak tahu lebih lanjut tentang bisnes Liza yang sempoi tapi masyuk dunia akhirat (insyaAllah) ni, boleh la contact Liza cepat-cepat tau.

Semua kejayaan yang besar bermula daripada langkah pertama. Mulakan langkah pertama anda dengan taip no fon Liza 019-364 4787 segera dan tanya Liza macam mana?? Liza akan explain sebaik mungkin.InsyaAllah.

Doakan Liza sekeluarga ye!






Pertanyaan atau tempahan:
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

2 comments: