Saturday, March 7, 2015

Dilema dan kasih sayang seorang ibu

Salam semua..

Sempena hujung minggu ni, Liza nak cerita santai je la, kang asyik promote Shaklee, promote FeelVogue, naik muak jugak pembaca blog Liza kan? Ok, hari ni Liza nak cerita pasal hidup Liza je la. Minggu lepas, Liza daftarkan Aqil ke nursery. Kononya nak train dia duduk nursery, sebab Liza plan nak kerja semula. So, isnin(23 Feb) tu nak start hantar dia la. Sebenarnya dari hari sabtu ahad tu lagi, hati ni rasa berat sangat nak tinggalkan dia kat situ. Malam tu pon dah start drama air mata, siangnya apetah lagi.

Dipendekkan cerita, macam tu la rutin minggu lepas. Dalam pukul 11.30am pergi hantar Aqil, petang dalam pukul 4pm gi ambil dia. Situasi pon lebih kurang sama, pagi Aqil nanges2 bila pekerja nursery tu ambil dia dari Liza. Petang pulak time ambil, mesti ada air mata yang bergenang siap pakej dengan air hidung lagi, nampak sangat baru lepas nanges. Ada sekali tu, lepas dah setengah jam sampai rumah pon, duk sedu-sedu lagi. Tak tahu lah, berapa lama dia nanges kat sana, sedihnya :(



Aqil memang tak pernah duduk dengan orang lain sejak lahir. Cuma time dia umur 2 bulan(time Liza nak masuk kerja balik lepas cuti berpantang), mak Liza yang jaga dia dalam 3 minggu, tapi kat rumah Liza je la. Lepas tu, Liza resign dan jaga dia sampai sekarang. Tu yang payah sikit kami ni nak berenggang.

Liza rasa, kalau Liza kerja pon, hati tak tenang duk fikir pasal dia. Liza ni bukan la mak yang perfect pon. Kadang kalau dia buat perangai, boleh jadi naga jugak kita ni. Makan dia pon ikot mood Liza je, kadang rajin,, kadang lauk telur je pon pernah. Hihi. Tapi, apa2 pon, mestilah kasih seorang ibu dalam menjaga dia tak boleh dibanding dengan orang luar kan?

Yang ni paling best. Pukul 12pm gi hantar, pukul 3pm dah ambil. hihi
Selepas kisah eksperimen yang dianggap gagal ni, Liza sedar yang Liza sayangkan dia lebih dari yang Liza tahu. Liza sebenarnya sayang sangat-sangat kat dia. Walaupun dia akan ada adik nanti (jika ada rezeki), Aqil adalah seorang anak yang sangat istimewa di hati Liza.

Jadi, Liza dengan suami duduk berbincang semula dengan plan Liza nak yang bekerja semula tu. Bila fikir masak-masak, kami decide untuk Liza duduk je kat rumah jaga Aqil. Kalau rasa nak cari duit sampingan, fokus je kat bisnes yang Liza buat sekarang ni. 

Doakan kami sekeluarga ye!






Pertanyaan atau tempahan:
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment