Thursday, March 19, 2015

Cara kira waktu subur untuk senang hamil

Salam semua..

Masih lagi entry berkisar tentang 'kahwin-kahwin', ye la nak ikot trend musim orang kahwin sekarang ni. Semua pasangan yang berkahwin mesti berhasrat untuk dapatkan anak kan? Peluang untuk hamil InsyaAllah lebih mudah, kalau kena caranya. Entry kali ni bukan untuk pengantin baru je, pasangan pengantin lama pun boleh gunakan cara ni jugak samada untuk mendapatkan zuriat atau dalam merangcang keluarga. Cara kira waktu subur ni lebih mudah dan praktikal jika kitaran haid isteri adalah normal.


Jom kita kira! Ok, kita bahagikan kitaran haid seseorang wanita kepada 4 fasa. Kita andaikan wanita ni datang bulan pada 1 hari bulan pada setiap bulan. Kalau anda punya kitaran haid start 4 hari bulan ke 14 ke 20 ke, pandai-pandai la adjust ye. 


Fasa pertama : Fasa ni mudah je, iaitu waktu keluar darah haid atau datang bulan atau bendera merah atau ABC (Allah bagi cuti) atau apa-apa je la. Bagi wanita normal, fasa ni akan berlaku selama lima hingga lapan hari.

Fasa kedua : Fasa yang kedua ni pulak dinamakan sebagai fasa pra-kehamilan. Dinding rahim mula menebal dan ovum (telur) dalam keadaan matang dan sedia untuk dilepaskan,

Fasa ketiga: Pada fasa ini, proses ovulasi (telur dilepaskan) berlaku untuk menunggu kehadiran sperma. Jika tiada persenyawaan berlaku dalam proses ini, telur akan menuju ke tiub fallopio untuk dikeluarkan dari badan wanita.

Fasa keempat : Fasa yang terakhir ni adalah fasa di mana hormon progesteron akan dirembeskan untuk menebalkan dinding rahim. Time ni lah, kebiasaanya nafsu makan wanita ni bertambah-tambah. Hihi. Jika tiada persenyawaan berlaku pada fasa ketiga tadi, maka darah yang menebal tu akan runtuh dan dikenali sebagai darah haid. Fasa pertama pun berulang semula.

Jadi, bila waktu subur seseorang wanita tu? Mengikut pengiraan di atas, waktu subur berlaku pada fasa ketiga, sewaktu telur dilepaskan. Ia adalah kira-kira 14 hari selepas hari pertama haid. Jika anda ingin hamil, jadi gunalah waktu ni sebaik mungkin untuk bersama dengan suami. Menurut Dr Zubaidi, peluang untuk hamil adalah 60% jika bersama ketika waktu subur. 


Selamat mencuba lah ye pada pasangan-pasangan pengantin baru ataupun pengantin lama. Kalau menjadi untuk hamil tu, jangan lupa dapatkan set ibu hamil dengan Liza tau. Hehe. Tapi, macam Liza bagitau awal-awal tadi la, pengiraan ni lebih tepat dan mudah jika wanita tu mempunyai kitaran haid yang teratur. Kalau tak teratur, nak buat macam mana? Ha, senang je, GLA Complex kan ada. 






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

1 comment: