Tuesday, March 24, 2015

Kerja mudah - Goyang kaki dapat duit

Salam Semua..

Kos sara hidup yang semakin meningkat dan bebanan perbelanjaan harian yang semakin bertambah dari sehari ke sehari menyebabkan masyarakat sekarang dah mula mencari pendapatan sampingan. Bagus! Kalau duk mengeluh, harga barang naik, kos sara hidup makin tinggi pun, tak de apa yang berubah jugak. Cara paling bijak, cari sumber pendapatan baru


Bukan orang yang dah berkeluarga je, student pon ada yang cari duit poket untuk tampung perbelajaan harian tanpa menyusahkan ibu-bapa. Tapi yang sedihnya, ramai diantara kita yang nak kerja yang mudah je, tanpa fikir panjang. Tak selidik dulu ketelusan dan halal haram sesuatu pekerjaan tu. Maaf cakap, kebiasaannya bangsa melayu lah yang paling ramai ditipu oleh skim cepat kaya, money game, pelaburan atau MLM yang entah apa-apa.


Antara iklan-iklan yang berjaya menarik/mempengaruhi ramai orang;

Kerja mudah
Mana ada kerja mudah dalam dunia ni dik oii? Cuba gi tanya orang-orang yang dah berjaya tu, jutawan-jutawan semua tu, mudah ke kerja diorang tu? Mungkin sekarang dah nampak mudah, tapi awal-awal diorang bermula dulu, agak-agak mudah tak? Kalau mudah, tak de orang susah la dalam dunia ni.

Goyang kaki dapat duit
Goyang kaki dapat duit? Celah mana nak dapat duit nye, kalau kerja kau duk goyang kaki je, kecualilah kau seorang tukang jahit. Tapi tukang jahit sekarang pon dah jarang yang goyang kaki, diorang canggih dah, guna mesin jahit auto, tekan aje.

Tak perlu jual barang 
Habis, kalau tak perlu jual barang, kau meniaga ape? Meniaga orang? Hihi

Tak perlu cari orang
Ni lagi satu statement klakor. Tak perlu cari orang untuk urus niaga? Setahu Liza la kan, orang jual makanan kucing pun kena cari orang/pemilik kucing untuk beli barang diorang. Tak kan lah nak promot kat kucing? Adoiilahnyepun..

Satu lagi, kalau iklan yang ada gambar pegang duit berkepuk-kepuk, tayang rumah besar, tayang kereta mewah, tayang cek, cepat je orang nak join kan? Hai lah, teknik macam tahun 80-an je. Liza ada jugak kenalan yang kaya-raya, jutawan pun ada, tapi tak de pulak diorang duk tayang macam-macam. Ok lah, maaf kalau ada yang terasa dengan entry Liza kali ni. Cuma, Liza sedih kalau ada kawan-kawan Liza, sebangsa dengan Liza yang terpedaya dengan tipu helah ni. Yang ditipu tu sah-sah la kesian. Tapi yang menipu tu pun, cuba la istighfar sikit. Kawan tu dah la tengah susah, nak cari duit poket, sanggup pulak kau tipu dia ye.


Pada yang berminat nak cari duit lebih tu, baiklah join real bisnes yang ada barang yang berkualiti, ada urus niaga, ada akad jual beli. Contohnya Shaklee la. Ok ok, kalau anda semua tak berminat dengan Shaklee, join la apa-apa bisnes sekalipun, asalkan real-bisnes dan semestinya tidak diragui, halal!

Sekian luahan hati Liza hari ni. Sesiapa yang berminat nak bersama-sama Liza menjana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi Liza, nanti Liza terangkan lebih details ye.








Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

2 comments:

  1. cape di phpin sama BO ga jelas?
    menang ga dibayar , udh pasti nyesek banget ..
    yuk gabung di www.togelshakti.com

    1 id untuk 7 permainan
    -sportsbook ( afb88 , m8 , united gaming )
    - poker & domino
    - live casino
    - togel
    - e -games
    - tangkas
    - sabung ayam

    minimal deposit : 50.000
    minimal withdraw : 100.000

    bonus rollingan poker 0,3% dibagikan selasa & jumat
    bonus rollingan live casino 0,8 % dibagikan setiap selasa
    bonus cashback sportsbook 5% dibagikan setiap senin
    bonus refferal togel terbesar sebesar 2% untuk semua tipe permainan !

    diskon togel : prize :
    2d : 29% 2d : 70.000
    3d : 59% 3d : 400.000
    4d : 66% 4d : 3.000.000

    jangan takut tidak dibayar bosku , 100% kami jamin berapapun bosku menang akan kami bayar !!

    whatsapp : +855972957106
    bbm : e3a521cb
    line : shakti4d

    read widely , tnink broadly , judge wisely :)

    ReplyDelete