Wednesday, March 25, 2015

Water Pitcher - penapis air yang murah dan berkualiti

Salam Semua..

Keadaan cuaca di negara kita ni masih lagi panas dan kering. Pakar kaji cuaca dah umumkan yang keadaan ni akan terus berlarutan sehingga bulan April. Umum mengetahui yang air sangat penting untuk tubuh badan dan meliputi 70% daripada tubuh kita. Sebab tu kalau orang yang ambil suplement, dinasihatkan untuk ambil air secukupnya untuk membantu penyerapan nutrisi dengan optimum dan memberi hasil yang lebih baik.


Kesan meminum air yang tidak bersih/tidak ditapis;
  1. Mudah berasa letih, keliru dan tak menentu
  2. Imunisasi badan akan menurun - mudah terkena penyakit, seperti demam, selesema, sakit tekak dan batuk
  3. Daya berkerja menurun
  4. Mudah diserang sakit kepala, sembelit dan risiko kegagalan buah pinggang

Mungkin air yang kita minum setiap hari tu nampak bersih pada mata kasar, tapi sebenarnya terdapat pelbagai bendasing yang memudaratkan kita dalam air tersebut tanpa kita sedari. Oleh sebab tu, setiap rumah digalakkan ada penapis air sekurang-sekurangnya untuk menapis air minuman. Dulu sebelum ada Aqil, Liza pun tak kisah sangat pasal kebersihan air ni, tapi bila Aqil dah start minum air masak, start makan, rasa bersalah pulak kalau air yang dia minum tu tercemar. Betul la kata orang, seorang ibu sayangkan anak, lebih dari sayang diri sendiri. Hihi


Faktor harga penapis air yang agak tinggi, menjadi salah satu sebab kenapa masih ramai masyarakat kita yang 'terpaksa rela' minum air yang tak bertapis. Bila sebut je penapis air, mesti yang dibayangkan adalah harganya yang mencecah ribuan ringgit. Ok, sekarang anda dah boleh ubah persepsi tu ye, harga penapis air Shaklee tak sampai pun RM500! ya, jangan tak percaya dulu, sebab banyak lagi kelebihan yang ada pada penapis air ni, yang anda sendiri tak kan percaya yang harganya semurah tu.

Antara kelebihan Jag Penapis Air dari Shaklee ni adalah tidak memerlukan penyambungan elektrik, bersih dan selamat (rod plumbum untuk menapis air diperbuat daripada arang tempurung kelapa), harganya yang berpatutan (sangat berbaloi daripada senget-senget bahu beli air di mesin RO), mudah alih (senang untuk dibawa balik kampung atau ketika menginap di hotel), jimat ( hanya kira-kira 0.14 sen bagi seliter air yang dituras) dan ianya sangat mudah untuk dicuci.


Ha, amacam? Jadi, sekarang ni dah tak de sebab la untuk anda tidak memiliki penapis air. Sungguhpun anda tak kisah air yang anda minum, cukuplah sekadar anda ambil berat pada  tahap kebersihan air yang masuk ke dalam badan anak-anak atau ibu bapa anda yang sudh tentu mempunyai imunisasi yang rendah tu. Tentu anda tak sanggup tengok orang yang anda sayang tu terkena penyakit kan? Bagi sesiapa yang berminat dengan Jag Penapis Air mampu milik ni, boleh hubungi Liza segera ye. Ingat! Konsultasi dari Liza adalah sentiasa PERCUMA!







Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment