Tuesday, April 14, 2015

Trip ke Kota Kinabalu (episod 1)

Salam Semua..

Sebenarnya ni cerita dah basi ni, dah berkurun lama dah kitorang sekeluarga bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Tapi, memandangkan sebelum Liza bertolak, Liza pun buat research melalui internet untuk memudahkan perjalanan kat sana, jadi kena la berkongsi jugak. Manalah tahu, pengalaman Liza yang tak seberapa ni, boleh membantu sesiapa saja yang ingin bercuti ke Sabah.



Ini merupakan pengalaman pertama Liza dan suami ke Sabah. Jadi, sangat penting lah bagi kami untuk buat sedikit sebanyak research tentang keadaan di sana dan membaca pengalaman-pengalaman orang lain yang pernah ke sana. Kerja Liza la tu duk search kat internet semua tu. Hihi

Day 1 (14 Jan 2015)

Flight kami pukul 9.30am, sampai Kota Kinabalu dalam pukul 12.30pm. Ambil kereta sewa, then terus check in hotel. Bab kereta sewa (cari kat mudah je) memang puas hati sangat-sangat sebab kereta Myvi baru, plastik pon ada yang belum bukak, bau kedai lagi. Harga murah berbanding yang lain pastu siap dah tolong isikan minyak separuh. Hihi.

Ralat sikit sebab hotel yang kami book tu jauh dari bandar KK, Nexus Resort & Spa nun jauh di Karambunai. Kononya husband Liza nak hotel yang ada private beach, nah ambik sekali 40 minit dari bandar KK!

Kami lunch kat hotel je, sebab nak keluar cari kedai makan pun dah jauh. Tambah pulak Aqil dah penat, so kena tidurkan dia dulu sebelum buat apa-apa aktiviti. Nak tidurkan Aqil, sekali mak pak nya pon tidur sekali, exausted sangat rasanya. Pergi jauh-jauh,duk membongkang pulak. Haha




Malamnya kami keluar makan malam di Restorant Gayang Seafood, hasil dari sharing seorang blogger tu. Lupa yang kat sana awal sejam dari semenanjung, kitorang gi pukul 9pm camtu, kedai dah nak tutup. Siap dah basuh kemas semua dah, nasib baik terima jugak order kitorang. Dengar dari cerita orang, kalau pergi sabah, tak sah kalau tak makan seafood,so kena la try. Tapi, honestly memang tak kena dengan selera Liza la. Jauh lagi sedap masakan semenanjung. Soriii orang sabah.

So, tu je lah aktiviti Liza hari pertama tu, rugi pulak rasanya, tapi tak de la rasa menyesal sangat. Ok, nanti Liza sambung episod 2 dalam next entry ye, kang cerita sekali gus, ada pulak yang tertidur, aktiviti dah la hambar bebenor..Hihi. Gambar pun kurang menarik, maklumlah guna kamera handphone je, tak bawak kamera pun.



Bersambung...


1 comment: