Friday, May 1, 2015

Promosi hebat bulan Mei

Salam Semua..

Sebelum tu, Liza nak ucapkan selamat bercuti kepada semua, cuti panjang la kan dari jumaat sampai isnin, lama tu. Dalam facebook pun ramai yang bagi 'info traffic' sepanjang perjalanan balik kampung. Cuma kali ni kitorang sekeluarga tak de peluang la nak makan jem tanpa roti di jalan raya, sebab tak pergi mana pun. Cuti kali ni, bukan kami yang balik kampung, tapi mak Liza dan mertua dua-dua sekali datang melawat kami, Alhamdulillah =D

Semalam, sekali lagi Liza berjaya 'closing' untuk bulan April dengan lebih bergaya dari bulan sebelumnya. Sale peribadi dan team Liza dua-dua pun meningkat walaupun bulan lepas kerajaan mula laksanakan GST dan macam-macam orang duk bergosip tentang Shaklee. Alhamdulillah masih ramai yang percayakan produk kami. Terima kasih banyak-banyak tau. Liza bukan main share je, Liza berani share selepas betul-betul yakin dan percaya yang produk Shaklee ni adalah benar-benar selamat dan terbukti berkesan.

Ok, next time Liza cerita kenapa Liza yakin sangat dengan produk dan bisnes Shaklee ni ye.

Kali ni, Liza nak war-warkan dulu promo yang super gempak bulan ni. Serius cakap, bila dapat tau info ni pagi tadi, otak ni asyik duk keluar macam-macam idea. Hati ni pulak tak sabar-sabar nak canang kat semua orang, tapi tu la kena sabar dulu siang tadi sebab nak spend time dengan family. Ha, sekarang anak syurga tu dah tidur, boleh la Liza lepaskan hasrat yang terpendam ni. Hihi


Ha, tengok betapa baiknya Shaklee bulan ni (bulan-bulan lepas baik jugak..hihi), bagi Omega, Pyhtocol dan Vitalea kids sebagai promo, sampai tiga produk tuu. Kena sangat lah dengan bulan kita meraikan hari ibu ni, Omega dan Phytocol boleh dibuat hadiah untuk mak-mak kita. Ye lah, biasakan mak-mak ni sinonim dengan masalah sakit-sakit sendi, kolestrol, darah tinggi. InsyaAllah dua produk ni boleh membantu. Selain tu, kolagen dan Nutriferons yang dah lama tak de stok tu, dah ada semula dah. Yeay! Siapa yang rindu dengan dua produk hebat ni, dah boleh start order dah.

Tapi, kemuncak daripada semua promosi ni, mestilah - Vitalea akan diberikan PERCUMA pada sesiapa yang daftar ahli! Wow.. bestnya! Sebelum ni, daftar ahli dapat memberkit je. Hihi. Jadi, ni lah masa dan peluang terbaik untuk anda sign up sebagai ahli Shaklee. Hanya RM80 (Harga Vitalea pun dah RM88++) seumur hidup. Tapi, kalau nak dapatkan FREE MEMBERSHIP pun boleh je, meh roger Liza, kita sembang-sembang. 

Pendek kata, banyak sangat yang Shaklee offer bulan ni, so cepat-cepatlah rebut peluang ni ye. Lagi dua bulan kita dah nak raya, bagi yang rasa nak cari duit extra untuk raya tahun ni, jom kita sama-sama kumpul duit raya dengan Shaklee.






Pertanyaan atau tempahan:
 Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment